Isnin, 23 Ogos 2010

Cara Pemakaian Minyak Wangi


PENGGUNAAN MINYAK WANGI DALAM RAWATAN

Di dalam kitab perubatan Islam berbahasa arab; “al Minhajul Qurani lii’laji as Sihri wal massi as Syaithani” karya Sheikh Usamah Muhammad al Audi, Mesir menyatakan satu teknik perubatan menggunakan teknik penggunaan minyak wangi:

“Kebanyakan jin benci kepada bau yang wangi kerana jin sangat menyukai bau yang busuk. Bau yang busuk sangat ‘menyegarkan’ jiwa dan secocok dengan naluri kejiinnan mereka.

Oleh itu teknik yang amat praktikal ini sangat mujarab untuk semua jenis gangguan terutamanya gangguan jin ‘asyiq’. Jin asyiq adalah jin yang berdamping dengan seseorang kerana jatuh cinta dengan manusia tersebut bahkan ada yang mendakwa telah berkahwin dengan pesakit!

Tekniknya adalah;
  1. Pesakit hendaklah sentiasa memakai minyak wangi di kemaluan depan dan belakang sama ada lelaki atau perempuan.
  2. Memakai minyak wangi pada semua pakaiannya terutamanya pada waktu tidur. Jangan sekali-kali tidur tanpa memakainya. Apabila hendak membasuh pakaian tersebut pakaian yang baru hendaklah dipakaikan minyak wangi dan pakailah pada waktu tidur.
Pesakit hendaklah memakai minyak wangi di ‘37’ point di tubuh badannya setiap malam. Point tersebut adalah:
1: Sapu pada ubun-ubun.
2: Belakang telinga kiri dan kanan.
20: Di semua hujung jari tangan dan kakinya. Antara kuku dan kulit.
2: Dua lubang hidung.
2: Dua lubang telinga.
2: Dua kening berdekatan mata.
1: Sekeliling mulut.
2: Dua puting payu dara.
2: Dua kemaluan depan dan belakang. (kubul dan dubur)
1: Lubang pusat.”

2: Leher kiri dan kanan.

Jika anda perhatikan semua point tersebut adalah rongga-rongga yang terdapat di tubuh badan kita. Inilah tempat masuk dan keluar makhluk jin ke dalam tubuh manusia.

Sekiranya jin ingin mendekati maka ia akan menjauhkan diri kerana bau wangi. Sekiranya ia telah ada di dalam tubuh badan, insya Allah ia akan keluar kerana tidak tahan dengan aura aroma bau wangi tersebut….

Adapun minyak wangi terbaik untuk tujuan ini adalah ‘Rose Dimasyq’ dan ‘Kasturi Hitam,Kasturi Putih,.’ Lebih-lebih lagi kalau diruqyah / dijampi
Daripada

Rabu, 18 Ogos 2010

Khasiat Kasturi Kijang

Assalamualaikum semua..
Ok,hari ini saya nak kongsi dengan anda semua tentang khasiat-khasiat kasturi kijang.

Insya'Allah..

Di bawah ini adalah antara khasiat-khasiatnya;




Memberi kekuatan pada roh
Haruman adalah santapan roh, manakala kasturi adalah merupakan sewangi-wangi dan sebaik-baik haruman sebagaimana sabda Nabi SAW:
“Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi” (Hadis Riwayat Muslim)
Menenangkan Jiwa
Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak
Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan
Menghilangkan debaran jantung
Menghilangkan Sesak Nafas
Melegakan Lelah (Asma)
Menyedarkan orang yang pengsan
Memperkuatkan organ luaran tubuh
Memperkuatkan organ dalaman tubuh
Menghilangkan rasa gementar
Menghilangkan sejuk tubuh
Membuang angin yang berlebihan dalam tubuh
Menawarkan racun atau bisa-bisa binatang
Menghilangkan kesakitan sewaktu kencing
Menjernihkan mata putih pada mata
Berfungsi memelihara kesihatan secara keseluruhan
Mencegah wabak penyakit
Melanjutkan usia
Meredhakan Allah SWT, menyukakan para malaikat dan orang-orang soleh, dan sebaliknya dapat mengusirkan syaitan laknatullah dan kuncu-kuncunya.
Menurut Imam Syafie R.A. bahawa antara perkara yang dapat menguatkan badan jasmani ialah dengan mencium bau-bauan yang harum (spt kasturi).
sumber: Madrasah Darul Atiq

SEMUANYA DENGAN IZIN ALLAH..
 P/s: Setiap apa yang diciptakan oleh Allah semunya tidak sia-sia.
        semua ada kebaikkan dan khasiat yang tersendiri.

Daripada









>

Rabu, 11 Ogos 2010

Rencana Utama Kasturi Kijang

Anugerah kijang jantan


  • Kasturi bertindak sebagai agen haruman selain dipercayai mempunyai kelebihan dalam dunia perubatan tradisional. Ia merupakan entiti paling berharga yang didatangkan dari tubuh kijang jantan.

"Bahawa dinding-dinding syurga itu batu-bata dari perak dan emas. Tanahnya pohon kimkuma (Za'faran) dan buminya kasturi.'

Diriwayatka oleh al-Tarmidzi daripada Abu Ayub R.A daripada Nabi Muhammad S.A.W maksudnya,
"Empat perkara daripada sunnah Rasul-Rasul iaitu: malu, berwangi-wangian, iwak dan nikah"
(Hadis Hassan)
Kasturi minyak wangi kesukaan Nabi Muhammad S.A.W.
Diriwayatkan oleh Muslim sesungguhnya Nabi S.A.W telah bersabda maksudnya,
"Kasturi adalah minyak wangi yang paling baik sekali"
Diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Aishah R.Anha katanya,
"katanya.."Aku telah menyapu minyak wangi kepada Nabi S.A.W dengan minyak wangi sehingga aku dapati bau dan kesan minyak wangi di kepala dan janggutnya".

Mengamati petikan hadis riwayat Al-Bazzar ini membayangkan kepada kita betapa keenakan bauan kasturi itu sudah lama disebut dan disampaikan dari mulut ke mulut.
Sekian lama merentangi latar zaman, waktu dan masyarakat, rahsia kehebatan kasturi terus diperkata. Hinggakan apa sahaja yang berbau harum dikaitkan dengannya.

Ungkapan 'seharum kasturi' juga mudah ditemui dalam bait puisi turun-temurun, lirik lagu cinta dan juga bicara romantis.

Namun, sejauh manakah kita mengetahui dari mana datangnya bahan yang istimewa ini? Bagi yang keliru, kasturi disangkakan ekstrak pati bunga, buah-buahan atau kulit kayu, sebagai mana dalam industri pembuatan minyak wangi.

Sebenarnya, istilah kasturi (bahasa Inggeris: musk) merujuk kepada kandungan yang terdapat dalam bintil kelenjar kijang jantan.

 
Walaupun kerap ditemukan di bahagian antara perut dan genital, kasturi juga bukan janggal jika ia tumbuh di bahagian-bahagian lain haiwan tersebut, seperti di leher, badan atas dan juga kepala.

Apabila tertanggal atau dipotong dari tubuh kijang tersebut, bintil kasturi yang mengering membuatkan kandungan berwarna merah keperangan berubah menjadi hitam dan keras.
Jika ditekan kuat atau diketuk, butiran kecil akan terkeluar darinya dan bahan itulah yang dicampur bersama minyak atau ekstrak wangian.

"Sejak ratusan tahun lalu, ia digunakan dalam pembuatan wangi-wangian. Kasturi juga bertindak sebagai agen penyebar haruman selain dipercayai menjadikan bau haruman lebih tahan lama.

  • "Pendek kata, ia merupakan produk haiwan yang paling berharga dan haiwan tertentu sahaja menghasilkannya,"

Dalam dunia ini, hanya terdapat lima jenis haiwan yang menghasilkan kasturi iaitu kijang jantan, lembu, musang, kura-kura dan tikus. Paling popular adalah kasturi kijang jantan yang hidup di pergunungan Himalaya.


Create your own banner at mybannermaker.com!